Latar belakang
Tamadun china merupakan
antara salah satu tamdun yang tertua di asia dan dianggar bermula pada
milenlium ke-6 masihi(SM). Sepertimana tamdun-tamadun yang lain, tamadun china
bermula dari kawasan berhampiran dengan sungai wei dan sungai huang he. Tamadun
china terdiri daripada beberapa tahap, zaman permulaan, zaman pertengahan,zaman
peralihan dan zaman moden. Tahap-tahap ini merupakan aliran perkembangan
tamadun china yang terdiri daripada budaya,kepercayaan,pencapaian dan sebagainya.
Kebudayaan yangshao
Bermula dengan
kebudayaan yangshao berdasarkan penemuan bukti arkeologi. Tapak terawal petempatan Yangshao mula
muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Keadaan bentuk geografi yang baik
menbantu dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan
pertanian. Kegiatan yang dilakukan oleh mereka adalah pertanian,perternakan
babi dan mengukir tembikar berlukisan serta menanam mayat. Makanan asas pada
zaman ini adalah bijirin.kemudian ia digantikan dengan kebudayaan lonngshan.
Kebudayaan longshan
Bermula sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa Awal (Bronze
Age) lewat milenium ke-2SM. Merupakan perkembangan daripada kebudayaan yangshao.
Tembikar yang dijumpai lebih berkualiti dan dipercayai menggunakan mesin
peronda tembikar.
Dinasti shang(zaman gangsa)
Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa
diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai
ahli masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan
bekas-bekas ritus (ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain
digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Artifak-artifak halus termasuk lampu dan
patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan
sepanjang era empayar tersebut. Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle
dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan
gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu
kota dinasti Shang, Alam sekitar yang mencorakkan tamadun china
Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi
Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca gersang
di bahagian timur negeri China.Tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian
bawah Lembah Yangzi, di selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang.
Sistem Pertanian Purba
Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan
Sawah Padi wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China.
Kedua-dua jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di
negara China untuk selama beberapa ribu tahun.Dengan dataran pedalamannya yang
luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang menghalang atau
membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan keseragaman politik,
ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi geografi negara China,
di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-laut dirintangi
oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang
terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara purata)
telah membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar.Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak
besar sejak dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai
untuk dijalankan kegiatan bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan
tanah ini telah mengakibatkan tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun,
pendapatan danpada hasil tanaman ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka.
Bahasa dan Sistem Tulisan
Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang
dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang
xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk
fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah,iaitu
zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah
tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).
Bentuk tulisan Cina ini telah menyumbang
terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di
dunia. Ini adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang
sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina
hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan
oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Bahasa Cina
telah menjadi faktor unifikasi utama bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.
sistem tulisan liushu |
Kepercayaan Alam Sekitar :
Kepercayaan kepada bencana alam
seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah takdir.
Ini menyebabkan mereka menyembah matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya
yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang
Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.
Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :
Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek
moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan
masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan
menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan
pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan
dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan
penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara
pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh.
Antara yang dikorbankan iaitu haiwan dan hamba
Kepercayaan kepada Anak Syurga :
Kepercayaan kepada anak
syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan
dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan
ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai
perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan
kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
Kepercayaan kepada dewa :
Kepercayaan terhadap dewa
dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka
percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia
di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut
menyembah ‘Dewa Biji-bijian’
Agama Buddha :
Kedatangan ajaran Buddha semasa
Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di
hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk
dari Sri Lanka.
Ajaran Confuciusnisme :
Ia bermula semasa Dinasti Chou
yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang
pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk
menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan
beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa
seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan
diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut
menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain.
Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati,
amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga
sebagai satu unit terpenting.
Ajaran Toisme :
Diasaskan oleh Loazi dan Chuang
Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta.
Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia
tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri
daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi.
Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao
dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara
sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran
ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.
No comments:
Post a Comment