Sunday 13 May 2012

Tamadun India

     Setelah dikenalpasti, tamadun India antara tamadun awal yang banyak merungkai seribu satu misteri dalam kehidupan masa kini. Sekian lama ia telah ditelan zaman, tamadun India merupakan tamadun yang telah lebih 5000 tahun dan memepunyai bahagian kerangka masa yang tertentu seperti Zaman Pra sejarah, Zaman Veda, Zaman Dinasti Maurya, Zaman Empayar Gupta, Zaman Kerajaan Islam, Penjajahan Portugis dan Belanda, Zaman pemerintahan British, dan zaman Merdeka. Zaman ini telah dilalui dan mempunyai pelbagai tranformasinya yang tersendiri. Ia dapat dilihat dari sudut corak pemerintahan dan ciri-ciri tamadun itu sendiri yang secara amnya adalah sifat dalaman dan luaran semasa zaman ini berkembang. India merupakan Negara yang kaya dengan nilai-nilai budaya ketamadunan yang diwarisi sejak turun-temurun. 
    
      Bharata merupakan seorang pemerintah India pada ketika itu yang mana nama Negara India adalah berasal dari beliau. Beliau merupakan seorang pemerintah yang agung dan berjiwa rakyat. Dengan itu, rakyat mengangkat beliau antara pemerintah India yang berkaliber. India merupakan Negara terawal dalam memperkembang ajaranj Hindu. Disini lah lahirnya agama Hindu dan telah disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Sebagai buktinya penemuan arkeologi di lembah sungai Indus seperti patung-patung berbentuk seolah-olah seperti shiva-linga dan kolam permandian yang digunakan untuk tujuan kerohanian. 
     
     Agama islam telah berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Di india, Islam telah memberikan kesan perubahan akibat daripada sumbangan yang baik terhadap institusi di Negara tersebut. Sumbangan yang paling besar ialah dalam bidang keilmuan. Pda masa itu, masjid-masjid telah banyak dibina dan dijadikan tempat penyabaran ilmu. Semasa zaman kerajaan Moghul, baginda telah mendirikan perpustakaan kerana kecitaannya terhadap ilmu. Semasa zaman ini, ramai sarjana hebat telah dilahirkan. Selain itu, muncul satu bahasa iaitu Urdu. Ia ditulis skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi Arab.




TAMADUN CHINA

Latar belakang

Tamadun china merupakan antara salah satu tamdun yang tertua di asia dan dianggar bermula pada milenlium ke-6 masihi(SM). Sepertimana tamdun-tamadun yang lain, tamadun china bermula dari kawasan berhampiran dengan sungai wei dan sungai huang he. Tamadun china terdiri daripada beberapa tahap, zaman permulaan, zaman pertengahan,zaman peralihan dan zaman moden. Tahap-tahap ini merupakan aliran perkembangan tamadun china yang terdiri daripada budaya,kepercayaan,pencapaian dan sebagainya.

Kebudayaan yangshao

Bermula dengan kebudayaan yangshao berdasarkan penemuan bukti arkeologi. Tapak terawal petempatan Yangshao mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi.  Keadaan bentuk geografi yang baik menbantu dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian. Kegiatan yang dilakukan oleh mereka adalah pertanian,perternakan babi dan mengukir tembikar berlukisan serta menanam mayat. Makanan asas pada zaman ini adalah bijirin.kemudian ia digantikan dengan kebudayaan lonngshan.

Kebudayaan longshan

Bermula sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM. Merupakan perkembangan daripada kebudayaan yangshao. Tembikar yang dijumpai lebih berkualiti dan dipercayai menggunakan mesin peronda tembikar.
Dinasti shang(zaman gangsa)
Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus (ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, Alam sekitar yang mencorakkan tamadun china

Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca gersang di bahagian timur negeri China.Tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangzi, di selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang.

Sistem Pertanian Purba

Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk selama beberapa ribu tahun.Dengan dataran pedalamannya yang luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang menghalang atau membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan keseragaman politik, ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi geografi negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-laut dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara purata) telah membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar.Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak besar sejak dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai untuk dijalankan kegiatan bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan tanah ini telah mengakibatkan tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun, pendapatan danpada hasil tanaman ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka. 



Bahasa dan Sistem Tulisan

Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah,iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).

Bentuk tulisan Cina ini telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.
sistem tulisan  liushu




Kepercayaan Alam Sekitar :
Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah takdir. Ini menyebabkan mereka menyembah matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.
Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :
 Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu haiwan dan hamba
Kepercayaan kepada Anak Syurga :
Kepercayaan  kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti  Chou mengamalkan  kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.
Kepercayaan kepada dewa :
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’
Agama Buddha :
Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.
Ajaran Confuciusnisme :
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.
Ajaran Toisme :
Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Saturday 31 March 2012

PENGERTIAN TAMADUN ISLAM





Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif
 “ keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”

Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai
 pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks Tamadun Islam iaitu madaniah, tamadun, hadarah dan umran

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah cenderung menggunakan istilah umran yang membawa maksud perbandaran daripada istilah yang lain dalam memberi gambaran berhubung dengan tamadun Islam.

     Secara umumnya, tamadun Islam difahami sebagai segala kemajuan yang dicapai dalam ketiga-tiga bidang  (kesenian, ilmu pengetahuan dan peradaban) dirujuk kepada sumber Islam (Al-Quran dan Al-Hadith) dan bahasa umat berkenaan iaitu bahasa al-Qur'an atau bahasa Arab. Keadaan tersebut diwarisi daripada generasi kepada generasi lain dengan berlaku penambahbaikan, peningkatan pencapaian atau perubahan. Bergerak dengan petunjuk wahyu, umat Islam telah berjaya menempa pencapaian yang cemerlang sama ada dalam skop fardhu 'ain mahupun dari skop fardhu kifayah. Dengan kata lain, tamadun Islam pernah mengalami zaman keemasan dan menjadi model kepada bangsa lain dalam pelbagai bidang kehidupan manusia.

     Para sarjana Islam seperti Ahmed Essa dan Othman Ali (2010) dalam "Study in Islamic Civilization: The Muslim Contribution and the Renaissance" menjelaskan bahawa tamadun Islam didefinisikan sebagai peraturan keagamaan yang melahirkan kebudayaan masyarakat yang berteraskan kepada wahyu. Pedoman wahyu tersebut menjadi obor kepada seluruh bidang keperluan manusia yang merentasi kehidupan dunia dan akhirat. Pandangan lain pula yang dikemukakan oleh Ali A.Alawi (2009) menerusi karyanya "The Crisis of Islamic Civilization" berpendapat bahawa tamadun Islam memberi maksud setiap perkara yang menyumbang kepada kebudayaan yang memberi penekanan kepada aspek keseimbangan diantara fizikal dan spiritual.

     Di samping itu, perkataan Hadarah juga digunakan untuk menjelaskan tentang tamadun Islam. Istilah ini digunakan oleh :

'Ali Husni al-Khurbutuli (1966) dalam karyanya yang berjudul "al-'Arab wa al-Hadarah". 
 (hadarah dalam penulisan ini memfokuskan kepada kebudayaan Islam)

Kurd Ali (1968) dalam "al-Islam wa al-Hadarah al-'Arabiyyah" ;
Mustafa al-Siba'i (2000) dalam "Muqaddimat Hadarah al-Islami".
(menerimapakai istilah hadarah dalam mengemukakan konsep tamadun Islam)

Sayyid Ismail 'Ali dalam bukunya "A'alam Tarbiyyah fi al-Hadarah al-Islamiyyah".
(cenderung kepada istilah hadarah dalam mengupas konsep berkaitan dunia tamadun Islam)

     Istilah tamadun juga dikenali dengan "madaniyah". Menurut Wahbah Zuhayli (1998), madaniyyah lebih hampir kepada makna kebudayaan. Ia merangkumi makna yang memenuhi tuntutan fizikal, spiritual, ideologi dan moral.
     Penggunaan istilah madaniyyah telah digunakan oleh ramai sarjana islam antaranya ialah :

Abu Nasr, al-Farabi (1986),"Kitab Siyasah al-Madaniyyah: al-Mulaqqab bi-Mabadi al-Maujudat";
Muhammad Rida (1986), "al-Islam wa al-Madaniyah" ;
Muhammad Abduh (1961) "al-Islam, al-Din wa 'Ilm al-Madaniyyah".

     Rumusannya, meskipun terdapat perbezaan pendapat para ilmuan dalam membahaskan berkaitan tamadun Islam yang merujuk kepada umran, tamadun, hadarah dan madaniyah , namun perbezaan tersebut bukanlah satu perpecahan yang besar dalam disiplin ilmu. Istilah yang popular dan diterima oleh umum ialah tamadun yang mirip kepada pengertian "civilization".

     Pengertian yang lebih khusus kepada tamadun Islam iaitu pencapaian manusia dalam pelbagai aspek kehidupan yang diimbangi dengan neraca kesepaduan wahyu yang holistik sifatnya. Keseimbangan ini penting disebabkan matlamat akhirnya ialah untuk mendapatkan kebaikan, kejayaan "hasanah" di dunia dan akhirat.



      









CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM


Menurut Prof. Ahmad Shalaby ciri-ciri tamadun Islam seperti berikut :

1.      Budaya berfikir ke arah kemajuan pada perkara-perkara positif (al-Thaqafah).
2.      Pencapaian dalam bidang ilmu yang memerlukan percubaan dan latihan amali (al-Madaniyah)
3.   Gabungan pencapaian serentak dari segi budaya berfikir ke arah kemajuan dalam hal-hal kebaikan dan        bidang ilmu yang memerlukan percubaan (al-Hadarah atau Tamadun)

Umumnya, perincian tentang ciri-ciri yang disebutkan di atas adalah seperti berikut :

1.       Budaya Berfikir (al-Thaqafah)
     Mengandungi semua bidang termasuk undang-undang dan politik, akhlak dan kelakuan dan lain-lain. Manusia yang mempunyai budaya berfikir ialah mereka yang mempunyai kemampuan mangubah nasib diri sendiri dari menjadi orang yang patuh kepada kehendak nafsu atau naluri kepada orang yang bertindak berlandaskan pemikiran yang bijak dan   mantap (rasional dan berfakta).

2.       Ilmu yang Bercirikan Bandar (al-Madaniyah)
     Membina sesuatu yang boleh menaik tarafkan sesebuah kehidupan untuk lebih sempurna. Ia   perlu diimbangi dengan pembangunan yang bersifat lahiriah dan batiniah. Ketempangan dalam memenuhi kedua-dua aspek tersebut mengakibatkan berlakunya kecacatan yang boleh memberi kesan kepada pembangunan kemanusiaan.

3.       Tamadun (al-Hadarah)
    Ia mengandungi unsur pembangunan yang istimewa dalam kehidupan umat manusia yang dibangunkan di kampung atau di bandar dari segi kehidupan yang seni dan tersusun pada aspek pekerjaan, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan, dan bidang-bidang pembuatan dan sebagainya. Ibn Khaldun menegaskan bahawa manusia yang membina tamadun, “mereka mencapai tahap ketinggian dalam bidang ilmu terlebih dahulu sebelum dari segi kebendaan”. Kesempurnaan dari aspek fizikal (profane) semata-mata tanpa dibangunkan asas-asas tamadun Islam seperti akidah, akhlak dan ilmu menyebabkan masyarakat hanya mengejar kepentingan kebendaan semata-mata. Kecanggihan dan kemodenan dalam sesebuah masyarakat hanyalah bersifat kuantitatif dan akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

Thursday 29 March 2012

DEFINISI SEJARAH!

Perkataan sejarah (history) yg digunakan pada masa kini berasal daripada perkataan Arab iaitu "Syajaratun" yang bermaksud pohon. Dari sudut lain pula, istilah "history" merupakan terjemahan daripada perkataan Yunani iaitu "histories" yang bermaksudsatu penyelidikan ataupun kajian.

Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" iaitu Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Mengikut definisi yang telah diberikan oleh Aristotle, bahawa sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau sejarah juga adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang menpunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.

Menurut R. G. Collingwood, sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendifinisikan sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau perngetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.